Umrah Awal Ramadan 1448H/2027 Pendaftaran Kini Dibuka!

Bimbingan & Pengisian Bersama Ustaz Hamzah Bin Jummat

✈️ Penerbangan Direct (MAS) : Senai (JHB) ke Jeddah (JED) | Madinah (MED) ke Senai (JHB) ✈️

15 Hari 13 Malam | 9–23 Februari 2027
Harga Bermula RM14,880 Seorang

Keistimewaan Pakej

Umrah Awal Ramadan 1448H / 2027M

  • ✈️ Penerbangan Terus (Direct Flight): Terbang terus via Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Senai (JHB) terus ke Jeddah (JED) dan pulang dari Lapangan Terbang Madinah (MED) ke Senai (JHB).

  • 🚆 Kereta Api Laju Haramain: Perjalanan satu hala kelas ekonomi antara Makkah dan Madinah menggunakan Haramain Speed Train.

  • 🍽️ Iftar & Sahur Disediakan sepanjang perjalanan: Nikmati sajian sahur secara buffet di Hotel Anjum Makkah sepanjang penginapan anda. Bagi Iftar di Makkah serta keseluruhan hidangan (Sahur & Iftar) di Madinah, packed meals akan disediakan.

  • 🇸🇬 Kemudahan Pengangkutan Jemaah Singapura: Khidmat transfer pergi-balik dari Singapore - Senai disediakan sebagai pilihan tambahan dengan caj berasingan.

  • 🕋 Lokasi Hotel Strategik: Hotel berada dalam jarak berjalan kaki ke Masjidil Haram & Masjid Nabawi.

    • Anjum Hotel, Makkah 5*

    • Saja by Warwick, Madinah 4*

  • 🧳 Kelengkapan Eksklusif: Beg Kabin Premium bernilai RM399.90, Luggage Cover Umrahnet, Kain Ihram & Buku Panduan Umrah.

  • 👥 Kumpulan Kecil & Mesra: Had maksimum 25 jemaah untuk bimbingan ibadah yang lebih fokus dan teratur.

Harga Pakej

Harga Dewasa

  • Quad (Bilik Berempat):

    RM14,880 seorang

  • Triple (Bilik Bertiga):

    RM16,100 seorang

  • Double (Bilik Berdua):

    RM18,500 seorang

Harga Kanak-kanak & Bayi

  • Kanak-kanak bawah 12 tahun dengan katil: Diskaun RM300 daripada harga pakej dewasa mengikut pilihan bilik.

  • Kanak-kanak bawah 12 tahun tanpa katil: Diskaun RM1,500 daripada harga pakej dewasa mengikut pilihan bilik.

  • Bayi bawah 24 bulan: Anggaran RM2,500 seorang.

*Harga bayi tertakluk kepada kadar penerbangan, visa, pengangkutan dan pengurusan darat semasa pendaftaran.

Perlukan bantuan mengira harga untuk keluarga? Hubungi kami melalui WhatsApp untuk mendapatkan pengiraan berdasarkan bilangan dewasa, kanak-kanak dan pilihan bilik.

Tarikh & Atur Cara Perjalanan

  • Tarikh: 9 Februari – 23 Februari 2027 (2 – 16 Ramadan 1448H)

  • Tempoh: 15 Hari 13 Malam (9 Malam Makkah | 4 Malam Madinah)

    Apa Yang Menanti Anda di Tanah Suci

  • Bimbingan berterusan sepanjang umrah dan perjalanan
    Bimbingan ibadah, pelaksanaan umrah, ziarah serta panduan sepanjang berada di Tanah Suci.

  • Tazkirah berkala bersama pembimbing
    Sesi tazkirah dan pengisian bersama Ustaz Hamzah Bin Jummat sepanjang berada di Makkah dan Madinah.

  • Ruang yang luas untuk ibadah di Haramain
    Itinerari disusun agar jemaah mempunyai masa yang mencukupi untuk solat berjemaah, tawaf sunat, membaca al-Quran, zikir dan ibadah persendirian, khususnya sepanjang Ramadan.

  • Ziarah Makkah
    Ziarah sekitar Makkah termasuk Arafah, Ma'la, Jabal Nur, Hira Cultural District, Jabal Thawr serta lokasi berkaitan sejarah dan sirah.

  • Ziarah Madinah
    Ziarah ke Masjid Quba', Jabal Uhud, Syuhada' Uhud, ladang kurma, pasar kurma serta beberapa lokasi pilihan sekitar Madinah.

  • Solat Jumaat di kedua-dua Haramain
    InsyaAllah berpeluang menunaikan Solat Jumaat di Masjidil Haram pada minggu pertama dan Masjid Nabawi pada minggu kedua.

  • Raudhah & Ziarah Masjid Nabawi
    Kunjungan bersama ke Raudhah, tertakluk kepada slot. Ziarah dan memberi salam kepada Rasulullah ﷺ dan dua sahabat Baginda, serta ziarah dalaman dan sekitar Masjid Nabawi. Bagi jemaah lelaki, turut berpeluang menziarahi Perkuburan Baqi' mengikut waktu dan keadaan yang dibenarkan.

    InsyaAllah.

Apa yang Termasuk dalam Pakej

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi dan balik

  • Visa umrah

  • Penginapan Makkah dan Madinah

  • Sahur dan iftar sepanjang perjalanan

  • Pengangkutan darat sepanjang program

  • Haramain High-Speed Train satu hala, kelas ekonomi

  • Bimbingan umrah dan ziarah

  • Khidmat Angkat Beg / Porter di Hotel & Bas

  • Kelengkapan eksklusif jemaah

Tidak Termasuk

  • Perbelanjaan peribadi

  • Insurans pilihan jika berkenaan

  • Vaksin Meningococcal ACWY

Pilihan Tambahan

  • Khidmat pengangkutan pergi-balik Singapura ↔ Lapangan Terbang Senai disediakan sebagai pilihan tambahan (dengan caj berasingan) bagi jemaah dari Singapura.

Cara Pendaftaran

1. Hubungi kami melalui WhatsApp

Tekan butang “Dapatkan Maklumat Pendaftaran” dan hantarkan mesej yang telah tersedia.

2. Dapatkan penerangan pakej
Pihak kami akan menerangkan kekosongan semasa, pilihan bilik, keperluan dokumen dan perkara berkaitan pakej.

3. Terima borang pendaftaran
Borang pendaftaran akan diberikan melalui WhatsApp kepada bakal jemaah yang bersedia untuk meneruskan pendaftaran.

4. Lengkapkan pendaftaran dan deposit
Isi borang pendaftaran dan buat bayaran deposit sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah dalam tempoh tiga hari. Deposit tersebut akan ditolak daripada jumlah keseluruhan harga pakej.

5. Pengesahan tempat
Tempat hanya dianggap sah selepas borang lengkap serta bayaran deposit diterima dan disahkan oleh pihak Umrahnet.

6. Polisi Pendaftaran & Pembayaran

  • Pendaftaran ditutup pada 30 November 2026, atau lebih awal sekiranya semua tempat telah dipenuhi.

  • Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya jemaah membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan, kecuali jika pembatalan berpunca daripada keadaan di luar kawalan seperti kemalangan, kematian atau penyakit yang menjejaskan pergerakan.

  • Tempat hanya disahkan selepas borang lengkap dan bayaran deposit diterima serta disahkan oleh pihak Umrahnet.

  • Baki bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada 30 November 2026.

  • Pendaftaran dan pilihan bilik adalah tertakluk pada kekosongan semasa.

UMRAHNET JOURNEY

Pakej Umrah Awal Ramadan 1448H/2027 dibawakan oleh Umrahnet Sdn. Bhd. dengan bimbingan, persediaan dan khidmat jemaah yang tersusun insyaAllah.

Operasi pakej ini dikendalikan oleh MITRA Kembara Sdn. Bhd., Agensi Pelancongan Berlesen, KPK/LN No. 1522

Umrahnet Sdn Bhd [Reg. No. 202501028361 (1629773-X)]

A-36-03, Iskandar Residence No. 3, Lebuh Medini Utara, Iskandar Puteri, 79250 Johor, Malaysia

📞 +6019 780 8480 / +6019 720 8480

📧 umrahnetmy@gmail.com